gambar hiasan |
Dubai: Seorang ibu kepada empat orang anak, memfailkan tuntutan cerai di mahkamah keluarga Ras Al Khaimah selepas mengadu tidak tahan dengan sikap suaminya yang suka menjeling dan tersenyum dengan wanita lain.
Pegawai mahkamah Jassim Makki berkata, wanita berusia awal 30-an itu memberitahu, setiap kali mereka pergi membeli belah suaminya seperti ‘ketagih menjeling’ dan asyik memandang semua wanita yang lalu lalang sambil tersenyum kepada mereka. Suami nafi tuduhan
Bagaimanapun, akhbar harian Alittihad melaporkan, suami wanita itu yang namanya tidak didedahkan, menafikan tuduhan berkenaan sebaliknya mendakwa isterinya cemburu.
“Dia menganggap semua wanita yang lalu lalang berhampiran saya akan tertarik kepada saya. Saya rasa dia takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Dia juga tidak pernah berhenti mengintip perbualan telefon dan mendengar percakapan saya,” katanya yang dipetik Alittihad.
Alittihad melaporkan, pihak mahkamah kini berusaha memujuk wanita berkenaan menarik balik tuntutan cerai, demi masa depan anak mereka.
sumber- Agensi
No comments:
Post a Comment