Pages - Menu

Thursday, September 13, 2012

Kebakaran kilang ragut 314 nyawa

punca berlakunya kebakaran kilang
PASUKAN penyelamat mengangkat mayat yang rentung daripada kilang membuat pakaian yang terbakar di Karachi, Pakistan.
KARACHI, Pakistan - Dua buah kilang musnah dijilat api dalam dua kejadian berasingan iaitu satu di bandar ini dan satu lagi di Lahore, membunuh sekurang-kurangnya 314 orang, kata polis dan beberapa pegawai semalam.

Angka kematian dijangka meningkat, sekali gus bakal menimbulkan persoalan baharu tentang keselamatan industri, selain kritikan ke atas kerajaan yang sememangnya tidak lagi popular dalam kalangan rakyat.

Dalam insiden itu, api marak membakar sebuah kilang membuat pakaian yang terletak di pusat komersial penuh sesak di bandar Karachi dan meragut nyawa sekurang-kurangnya 289 orang.

Ramai mangsa terbunuh kerana lemas. Mereka terperangkap di ruang bawah bangunan yang tidak memiliki laluan kecemasan dan salah satu pintu utama dikunci. Punca kebakaran masih belum dapat dikenal pasti.

"Orang ramai menjerit menyelamatkan diri. Semua orang menuju ke arah tingkap. Saya terjun dari tingkat tiga," kata mangsa, Mohammad Asif, 20.

Pengurus kilang tersebut telah melarikan diri dan sedang diburu oleh polis. Pihak berkuasa juga menyenaraikan nama pemilik kilang dalam seramai mereka yang tidak dibenarkan keluar negara.

Di Lahore, kebakaran memusnahkan sebuah kilang kasut, membunuh sekurang-kurangnya 25 orang. Kebakaran dikatakan tercetus apabila pekerja cuba menghidupkan generator kerana bekalan elektrik terputus. Api daripada generator itu kemudian menyambar bahan kimia yang digunakan untuk membuat kasut.

Para pengkritik berkata, kerajaan Pakistan terlalu korup dan tidak efektif dalam menjaga kebajikan pekerja. Pakistan juga berdepan dengan masalah bekalan tenaga, kemiskinan dan pemberontakan Taliban. 

sumber- Agensi

No comments:

Post a Comment