Keadaan lori yang tersangkut di jejantas laluan pejalan kaki, semalam. |
MELAKA - Akibat tidak menurunkan bahagian muatan belakang, sebuah lori tanah tersangkut di jejantas laluan pejalan kaki yang menghubungkan bangunan Hattem Square dan Mahkota Prade di Melaka Raya, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pemandu lori terbabit berusia 20-an, tidak menyedari bahagian muatan belakang terangkat selepas menurunkan muatan tanah ketika melintasi jejantas berketinggian 6.5 meter.
Sumber polis berkata, beberapa pemandu kereta dan penunggang motosikal membunyikan hon selepas menyedari bahagian muatan belakang lori berkenaan tidak diturunkan.
“Bagaimanapun mungkin disebabkan suasana bising di sekitar Jalan Merdeka menyebabkan pemandu lori tidak mendengar hon tersebut.
"Pemandu lori terbabit hanya menyedari belakang badan lori yang dipandunya tidak diturunkan selepas terdengar bunyi dentuman kuat," katanya.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd Rahman yang mengesahkan kejadian berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
sumber- Sinar
No comments:
Post a Comment