Antara hasil lukisan adik Muhamad Syukri. |
JEMPOL- Baru berusia 10 tahun, namun bakat yang dimiliki bagaikan seorang pelukis profesional. Itulah kebolehan yang dimiliki Muhamad Syukri Razani, dari Kampung Air Hitam, di sini.
Menurut ibunya, Rogaiyah Borhan, 45, anak ketiga dari pada empat beradik ini tidak boleh dipisahkan dengan dunia lukisan. Tambahnya, bakat yang dimiliki anaknya itu bagaimanapun lebih cenderung dalam melukis kenderaan pacuan empat roda.
Katanya, Muhamad Syukri mula meminati bidang seni sejak berusia empat tahun setelah melihat satu rancangan di televisyen yang memaparkan cara melukis.
“Minatnya itu memang tidak boleh dipisahkan. Setiap masa terluang tentu akan digunakan dengan melukis pelbagai gambar.
“Apabila mahu ke mana-mana, dia mesti membawa satu buku lukisan dan pensil. Pernah sekali, saya terlupa membawanya hingga menyebabkan dia menangis teresak-esak.
“Bimbang dengan keadaan itu, saya terus membeli buku lukisan di kedai berhampiran. Minatnya memang tidak boleh dihalang, lagipun ibu mana yang tidak sebak melihat anaknya menangis,” katanya.
Tambahnya, rentetan daripada itu juga, dia mula sedar akan minat anaknya yang cukup mendalam dan berharap bakat yang ada dapat diasah agar berjaya menghasilkan lukisan yang lebih menarik pada masa akan datang.
Bapanya, Razani Mat Yusof, 46, berkata, menyimpan harapan agar bakat anaknya itu dapat diketengahkan suatu hari nanti.
Menurutnya, dia sendiri akui lukisan yang dihasilkan agak menarik dan tidak menyangka itu merupakan hasil kerja tangan anaknya sendiri.
“Dia pernah menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang pelukis terkenal suatu hari nanti. Bagaimanapun, saya berpendapat bakatnya perlu digilap lagi supaya impiannya menjadi kenyataan,” katanya.
sumber- Sinar
anugerah Allah..
ReplyDeleteadik ni memang berbakat boleh design kereta utk masa depan dan handphone juga
ReplyDelete