ZURICH: Pejabat pos berdekatan bandar raya ini dikosongkan selepas bahan yang tidak dikenali dijumpai dalam bangunan itu apabila 20 orang mendakwa mereka tidak sihat, kata polis.
Polis berkata, salah seorang daripada 20 mangsa dibawa ke hospital tetapi bahan berkenaan dianggap tidak berbahaya berdasarkan penyiasatan awal. Polis dimaklumkan mengenai dua pucuk surat mengandungi serbuk putih yang menyebabkan sebahagian daripada petugas berasa gatal. Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian.
sumber- AFP
No comments:
Post a Comment