Jika anda seorang penggemar roti yang sejati, pasti anda tidak mahu lepaskan peluang untuk merasai roti paling ngeri di dunia. Roti-roti ini dibentuk seakan anatomi tubuh manusia yang menyeramkan.
Ianya adalah hasil kreativiti Kittiwat Unarrom dari Potharam, Thailand. Dapur yang digunakan Kittiwat tidak ubah seperti rumah sembelihan manusia.
Semua karyanya adalah hasil rujukan buku anatomi serta dari pengalamannya sendiri ketika melawat sebuah muzium forensik beberapa tahun yang lalu.
Jika diletakkan mayat sebenar bersama roti-roti ini, pasti ramai yang tidak dapat membezakan mayat yang tulen dengan roti tersebut.
Anda boleh membuat pilihan untuk memakan, kaki, tangan, kepala atau sebagainya bergantung pada selera anda.
Roti ini mendapat permintaan yang tinggi dipasaran terutama dari mereka yang mempunyai perasaan ingin tahu atau mereka yang suka membuat usikan kepada kenalan.
" Apabila mereka lihat roti ini, mereka takut untuk memakannya. Namun apabila dirasa, ianya hanyalah roti biasa," kata Kittiwat.
No comments:
Post a Comment