Pages - Menu

Thursday, September 27, 2012

Padah laju, pemandu maut kereta terbabas

Proton Arena Merah
Keadaan kenderaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Banting, BNO, semalam.
SABAK BERNAM - Seorang pemandu yang dalam perjalanan menghala ke Sungai Besar maut setelah kereta dipandunya terbabas sebelum bertembung kenderaan dipandu pasangan suami isteri dari arah Sabak Bernam di Jalan Kampung Banting, BNO, jam 8 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, mangsa, Mohd Syahmy Amran, 22, memandu seorang diri maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurutnya, kereta Proton Arena berwarna merah dipandu mangsa terbabas ketika melalui selekoh tajam di Jalan Kampung Banting sebelum melanggar pembahagi jalan.

“Kenderaan mangsa kemudian berpusing sebelum bertembung  kereta  Perodua Kancil dipandu pasangan suami isteri berkenaan.

“Pasangan suami isteri yang sedang dalam perjalanan ke pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah hanya mengalami kecederaan ringan," katanya sambil memaklumkan kepada  Sinar  Harian  bahawa kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 atas kesalahan memandu kenderaan secara melulu.

Sementara itu,  pemandu Perodua Kancil berkenaan, Amirrudin Darusalam, 42, berkata,  ketika kejadian kereta mangsa dipandu dalam keadaan laju sebelum hilang kawalan merempuh pembahagi jalan.

Menurut Amiruddin, dia cuba menggelakkan merempuh kenderaan mangsa, namun tidak berjaya kerana kereta mangsa dipandu laju.

“Saya dan isterinya mengalami luka kecil akibat pertembungan itu membuat laporan polis selepas kejadian itu.

sumber- Sinar

No comments:

Post a Comment