GAMBAR yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin menunjukkan batu-batu yang dipercayai pernah dihanyutkan air deras di planet Marikh. |
WASHINGTON - Kenderaan robotik Curiosity menemui batu-batu yang pernah dihanyutkan air di planet Marikh, jelas Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin.
Penemuan itu menunjukkan mungkin terdapat aliran air yang deras dan setinggi paras pinggang di planet tersebut.
"Kami teruja mengenai perkara ini," kata Ketua Saintis Institut Teknologi California, John Grotzinger.
Gambar-gambar batu itu dihantar kenderaan tersebut untuk dikaji oleh saintis-saintis NASA.
Kenderaan robotik itu mendarat di Kawah Gale di Marikh pada 6 Ogos lalu.
sumber- Agensi
No comments:
Post a Comment