Namun, ianya bukanlah berkekalan berbeza dengan proses yang dilakukan untuk membuat tatu dan hanya bersifat sementara. Ramai yang telah mencuba trend pelik ini dengan mengubahsuai wajah menjadi seakan-akan makhluk asing atau syaitan. Ada juga yang melakukannya pada bahagian lain seperti tangan dan juga kaki.
Ianya memberi kepuasan kepada mereka yang pernah mencuba apabila mereka menjadi tumpuan umum kerana mempunyai fizikal yang pelik tetapi ianya dianggap kreatif. Seperti mana proses membuat tatu, trend ini dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan dan mungkin terdapat kesan sampingan. Buat masa ini, trend pelik ini masih belum merebak di seluruh dunia dan hanya tertumpu di Jepun sahaja.
Ngerilah dia orang ni..confirm ngeri..
ReplyDeletetengok pun dah rasa takut...
Delete