Pages - Menu

Tuesday, October 9, 2012

Bekas askar kecewa layanan hospital pecah cermin kaunter

bekas askar mengamuk
Seorang bekas tentera berusia 40-an dilaporkan mengamuk tiba-tiba di hadapan kaunter pendaftaran di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini - Foto Bernama
IPOH - Seorang bekas tentera dilaporkan mengamuk dengan memecah cermin kaunter pendaftaran Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini kerana tidak puas hati dengan layanan seorang petugas. 
   
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Anuar Osman berkata, dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan marah apabila petugas kaunter itu enggan menerima wang pendahuluan RM150 bagi membiayai rawatan isterinya daripada jumlah keseluruhan RM800.
   
"Lelaki berkenaan membawa isterinya, seorang warga Indonesia, menjalani rawatan di hospital tersebut dan disebabkan terpaksa menerima rawatan lanjut, dia perlu membayar jumlah kesemuanya RM800", katanya Anuar.
   
Polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada petugas hospital berkenaan dan siasatan sedang dijalankan, katanya.
   
Ketika kejadian petugas terbabit melarikan diri bimbang dicederakan.

sumber- Bernama

No comments:

Post a Comment