PENDANG - Cubaan sindiket mencuri minyak dari sebuah stesen minyak di sini gagal setelah lori yang digunakan itu musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kebakaran itu berlaku apabila pemandu lori berkenaan cuba mencuri minyak melalui tangki minyak bawah tanah di sebuah stesen minyak kira-kira jam 4.30 pagi, semalam.
Menurutnya, kebakaran itu mengakibatkan lori berkenaan hangus manakala stesen itu mengalami kerosakan kecil.
Lori yang digunakan untuk mencuri minyak musnah dalam kebakaran, awal pagi semalam. |
“Ketika kejadian, pemandu lori berkenaan melarikan diri dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
“Siasatan awal mendapati lori yang digunakan suspek dilaporkan hilang di Sungai Petani pada 19 Oktober lalu,” katanya.
Menurutnya, pada awalnya pihaknya mengandaikan insiden berlaku merupakan kegiatan curi minyak, tetapi setakat ini tiada rekod diterima menyatakan berlaku kecurian berkaitan di Alor Setar.
"Polis sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengenalpasti suspek yang melakukannya.
"Setakat ini kami masih belum melakukan sebarang tangkapan," katanya.
sumber- Sinar
No comments:
Post a Comment