PARAH...Wong yang patah tangan dirawat di hospital. |
KUALA LUMPUR: Tetak, rampas dan lari. Itu taktik sekumpulan enam peragut bermotosikal bersenjatakan parang dan kayu ketika menyamun seorang wanita di depan rumahnya di satu kawasan perumahan di Jalan Ipoh, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Wong Rui Kee, 23, patah tangan kanan dan retak beberapa jari akibat ditetak seorang daripada suspek, selain kerugian kira-kira RM1,000 selepas beg tangannya yang mengandungi wang tunai serta telefon bimbit dilarikan.
Wong berkata, ketika kejadian dia membuka pintu kereta di hadapan rumahnya kerana mahu pergi kerja.
“Tiba-tiba muncul enam lelaki menaiki tiga motosikal dan seorang daripada mereka terus menetak saya dengan parang.
“Mereka tidak memberikan apa-apa amaran tapi terus menyerang saya,” katanya.
sumber- HMetro
No comments:
Post a Comment