WATAMPONE, Sulawesi Selatan - Gara-gara melihat kelibat pengunjung pasar raya berpakaian seperti polis, empat murid perempuan dari sebuah sekolah rendah di sini bertindak melarikan diri daripada tahanan pengawal keselamatan premis berkenaan.
Menurut Tribunnews.com. murid perempuan yang melepaskan diri itu berlari sambil menangis kerana khuatir akan ditahan polis.
Murid-murid tersebut telah ditahan lebih sejam oleh pengawal keselamatan pasar raya berkenaan kerana gagal membayar wang untuk permainan video, dalam kejadian Isnin lalu.
Usaha pengawal keselamatan untuk mengejar kesemua murid perempuan itu tidak berjaya.
gambar hiasan |
Murid perempuan itu ditahan setelah gagal membayar wang untuk permainan video di sebuah pusat permainan berbayar di tingkat dua premis tersebut.
Kesemua mereka didapati terlalu asyik bermain permainan video sebelum pemilik premis meminta setiap daripada mereka membayar sejumlah Rp10,000 (RM3.10) untuk permainan itu.
Pemilik premis itu kemudian menyerahkan murid-murid tersebut kepada pengawal keselamatan pasar raya.
Mereka dipercayai telah kehabisan wang setelah berbelanja terlebih dahulu di tingkat bawah pasar raya tersebut.
sumber- AGENSI
No comments:
Post a Comment