DRESDEN (Jerman): Doktor di sini berjaya mengeluarkan ketumbuhan seberat 28 kilogram, cukup besar untuk memenuhi sebuah kereta sorong, daripada seorang wanita berusia 60 tahun.
DOKTOR menunjukkan gambar ketumbuhan yang dibuang. |
Doktor memberinya ubat antiobesiti untuk memerangi berat badannya yang naik secara mendadak.
Tetapi apabila ketumbuhan itu membesar sehingga Irmtraud tidak boleh berdiri, anaknya mendesak dia menjalani satu lagi pemeriksaan.
Imbasan ultrasound yang dilakukan ke atas wanita itu menunjukkan dia menghidap ketumbuhan yang semakin membesar.
IRMSTRAUD merasakan dirinya seperti orang baru selepas menjalani pembedahan. |
Berat pesakit itu berkurangan 40 kilogram selepas pembedahan berkenaan dan berkata, dia amat gembira dengan keadaannya sekarang.
Seorang jurucakap hospital berkata, wanita itu sudah pulih sepenuhnya dan boleh berjalan semula dengan bantuan tongkat. “Saya amat berterima kasih kepada doktor terbabit. Saya merasakan diri saya sebagai orang baru sekarang,” kata Irmtraud kepada agensi berita tempatan, DPA.
sumber- DM
No comments:
Post a Comment