Pages - Menu

Thursday, October 25, 2012

Mati disuntik kopi susu

RIO DE JANEIRO: Seorang jururawat pelatih mendakwa dia bingung apabila menyuntik kopi susu ke badan seorang warga emas menyebabkan wanita terbabit meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Menurut Rejane Moreira Telles, dia tidak dapat membezakan di antara darah dengan air minuman berkenaan.

Rejane Moreira Telles
REJANE (kanan) menceritakan pengalamannya kepada wartawan stesen televisyen Brazil.
Kata Rejane, 23, dia diarah merawat pesakit, Palmerina Pires Ribeiro, 80, tetapi gagal membezakan antara darah dan kopi susu.

Katanya, kedua-dua cecair itu diletak bersebelahan.

“Sesiapa pun yang berada dalam keadaan saya pasti keliru.

“Saya sepatutnya menyuntik darah ke pembuluh darah dan memberi pesakit itu kopi susu sebagai minuman,” katanya dalam wawancara dengan stesen televisyen Globo’s Fantastico, semalam.

Bagaimanapun, Rejane mengaku dia melakukan kesalahan dengan memberi Palmerina kopi susu melalui pembuluh darah.

Ekoran insiden itu, Rejane dan dua jururawat serta pelatih lain didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat.

Palmerina disahkan meninggal dunia tidak lama selepas Rejane melakukan kesilapan itu.

Insiden berlaku di sebuah pusat perubatan di Sao Joao de Meriti, Rio de Janeiro,.

Lebih tragik, insiden itu berlaku di depan anak Palmerina, Loreni Ribeiro.

Kata Loreni, dia nampak Palmerina gelisah dan membuka mulutnya.

“Pelatih itu memasukkan setengah gelas kopi susu ke tubuh ibu,” katanya.

Sementara itu, doktor berkata, kopi susu disuntik Rejane memasuki jantung dan paru-paru Palmerina. “Sesiapa yang mengalami keadaan itu akan berasa seperti tercekik,” katanya. 

sumber- DM

1 comment: