LONDON - Sepasang pakaian perisai samurai yang digunakan oleh pahlawan wanita Jepun bakal dilelong di sini awal bulan depan, dan harganya dijangka mencecah beratus ribu pound.
Wakil firma lelongan Bonhams, Suzannah Yip berkata, kelengkapan samurai itu yang dibuat pada tahun 1800-an akan dilelong pada harga permulaan 40,000 pound (RM200,000) di London pada 6 November ini.
Pakaian perisai samurai yang digunakan oleh pahlawan wanita Jepun ini diramal mencecah harga beratus-ratus ribu pound. - AGENSI |
"Jumlah pakaian samurai untuk wanita sangat sedikit dan sukar ditemui.
"Pakaian yang dilelong ini dilengkapi perisai, yang berbeza dengan yang dipakai oleh lelaki kerana ia lebih mirip seperti pakaian tradisional wanita Jepun, kimono," katanya.
Perisai tersebut boleh dipakai oleh wanita yang bertubuh kecil yang mempunyai ketinggian kurang 1.5 meter.
Namun, dengan latihan yang ketat dan menggunakan pedang katana yang berbahaya, samurai wanita boleh menjadi lebih hebat berbanding lelaki yang dua kali ganda lebih besar.
Malah, untuk melindungi identiti wanita, pakaian perisai itu turut dilengkapi topeng merah yang mempunyai dua gigi taring dan misai.
Menurut Yip, perisai berkenaan dibuat khas untuk wanita Jepun kelas atasan dan pertengahan, namun ramai yang tidak menggunakannya semasa pertempuran.
"Gaya pakaian samurai juga berubah-rubah mengikut zaman dengan beberapa elemen berlainan dimasukkan.
"Perisai yang diperbuat daripada besi ini lebih ringan berbanding perisai lelaki," katanya.
sumber- AGENSI
No comments:
Post a Comment