JOHOR BAHRU - Seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendakwa menjadi mangsa pukau menyebabkan dia kerugian lebih RM8,000 ketika membeli-belah di pasar raya Giant, Plentong di sini pada 9 Oktober lalu.
Ketika kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Nadzirah, 22, mengunjungi pasar raya berkenaan seorang diri untuk membeli kasut yang akan dipakai pada majlis konvokesyennya Sabtu ini.
NADZIRAH menunjukkan laporan polis dan barangan yang diberikan oleh dua lelaki yang didakwa melarikan wang tunai dan barang kemas miliknya di Pasir Gudang, Johor Bahru semalam. |
Menurut pelajar Ijazah Sains Perhutanan itu, dia pada mulanya didatangi dua lelaki berusia dalam lingkungan 40-an yang mendakwa pelajar sekolah pondok dari Brunei dan meminta bantuannya menunjukkan kedai buku agama di pasar raya berkenaan.
Ujar Nadzirah lagi, salah seorang daripada mereka kemudian memberikannya sebiji batu berwarna merah sebagai tanda terima kasih.
"Mereka selepas itu mengajak pula saya ke sebuah restoran makanan segera berhampiran untuk berbicara mengenai agama.
sumber- Kosmo
No comments:
Post a Comment