KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera dalam satu kemalangan yang berlaku di kilometer 17 Jalan Kuantan-Gambang dekat Sri Mahkota Jaya, di sini, semalam.
Pegawai Penguat kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, Wong Vin Seng, mati di tempat kejadian selepas kereta yang dinaiki terbabas ke kanan jalan akibat hilang kawalan ketika melalui satu selekoh.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. |
“Ketika melalui satu selekoh, pemandu, Chun Teck Man, 29 yang juga rakan mangsa gagal mengawal keretanya menyebabkan kenderaan itu terbabas dan masuk ke semak,” katanya.
Menurutnya, kejadian berlaku kira –kira jam 7.05 pagi ketika mangsa dan rakannya dari Kuantan menuju ke Maran.
Beliau berkata, mangsa penumpang hadapan kereta berasal dari Bandar Baru Sungai Jerik, Jengka mati di tempat kejadian sementara Teck Man cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
sumber- Sinar
No comments:
Post a Comment