Lelaki yang mencuri di kedai emas berjaya ditangkap oleh orang ramai selepas dikejar sejauh 200 meter. |
KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 20-an dibelasah orang ramai selepas dia dipercayai mencuri di sebuah kedai emas yang terletak di Jalan Buluh Kubu, di sini, kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Suspek tersebut yang dipercayai mencuri seutas barang kemas di kedai berkenaan berjaya melarikan diri sebelum ditangkap oleh orang ramai di Jalan Tok Hakim. Difahamkan suspek tersebut yang berlari sejauh 200 meter itu berjaya ditangkap selepas dikejar oleh orang ramai.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Otham ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.
Beliau berkata, pihak akan menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu.
Sementara itu, seorang saksi Che Harun Ali, 33, yang merupakan seorang pekerja kedai makan memberitahu, ketika itu dia berada di dalam kedai yang terletak kira-kira 30 meter dari kedai emas tersebut.
Menurutnya, tiba-tiba dia dikejutkan dengan jeritan orang ramai yang meminta bantuan.
“Sebaik mendengar jeritan, saya terus keluar dan diberitahu bahawa seorang lelaki telah mencuri barang kemas dari salah sebuah kedai emas yang berdekatan.
“Apa yang saya diberitahu sejak semalam (kelmarin) suspek ada datang ke kedai tersebut dan berpura-pura untuk membeli emas,” katanya.
Che Harun berkata, difahamkan kelmarin suspek berada di kedai tersebut agak lama bermula dari waktu Zohor sehinggalah jam 4 petang dan memberitahu dia ingin membeli barang kemas.
sumber- Sinar
No comments:
Post a Comment