Ganja mungkin mampu memudaratkan kesihatan. Namun, perkara yang memudaratkan tidak semestinya tidak membawa sebarang faedah. Contohnya seperti seni luar biasa yang dihasilkan oleh Fernando de la Rocque. Seni dari asap ganja yang dihasilkannya dinamakan 'Blow job'
Karya Fernando tersangatlah unik, kerana dia berkarya dengan asap ganja yang dihisap. Cara pembuatannya cukup mudah. Pertama, Fernando akan membuat pola stensil atas sekeping kertas bersesuaian dengan kehendaknya. Biasanya Fernando membuat lakaran orang kenamaan dan terkenal. Selepas itu, Fernando akan menyalakan rokok ganjanya, dan menghembuskan asap ke pola stensil yang telah dibuat. Hasilnya, pola-pola stensil tadi menjadi coklat seakan diwarnakan dengan pensil warna. Ramai tidak menyangka bahawa asap ganjalah yang telah memberi warna coklat tersebut.
No comments:
Post a Comment