RANAU: Kegirangan dua sahabat memburu tenggiling di hutan berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas terkena tembakan rakan di kawasan hutan berhampiran Kampung Balisuk, dekat sini.
Sebelum kejadian, Albarth Oboth, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matupang Jaya bersama rakan berusia 21 tahun berburu tenggiling di hutan berkenaan pada jam 8 malam, Sabtu lalu.
gambar hiasan |
Sumber berkata, ketika asyik memburu, rakan mangsa dipercayai tidak sengaja tertembak mangsa menggunakan senjata api jenis bakakuk pada jam 10 malam.
Menurutnya, tembakan itu mengenai bahagian atas mata kanan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
“Rakan mangsa pergi ke rumah bapa mangsa tiga kilometer dari tempat kejadian bagi memaklumkan kejadian sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau,” katanya.
sumber- HMetro
tu la lain kali kene hati2 sikit..banyak dah terjadi perkara macam ni kan...
ReplyDeletebahaya btul...tak pasal2 jdi korban..
Delete