PAPAR: Dua beradik yang tidur di ruang tamu rumah datuk mereka nyaris maut apabila sebuah treler membawa muatan besi merempuh kediaman itu di Kampung Kawang, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, kedua-dua beradik berkenaan dikenali sebagai Gabriel Goldi, 4, dan adik perempuannya, Adigel Goldi, setahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
REMUK...kepala treler muatan besi remuk teruk selepas merempuh rumah, semalam. |
“Saya dihubungi menantu mengatakan rumah dirempuh treler. Sebaik mendengar berita itu, saya bergegas pulang ke rumah.
“Sebaik tiba saya melihat sebuah lori treler muatan besi terperosok dalam rumah. Sejurus masuk ke dalam rumah, saya lega melihat cucu saya selamat bersama pembantu rumah.
sumber- HMetro
No comments:
Post a Comment