RIYADH, Arab Saudi - Sekurang-kurangnya 22 maut apabila sebuah lori tangki melanggar jejambat di sini, sekali gus mengakibatkan satu letupan besar dan memusnahkan sebuah bangunan serta beberapa buah kenderaan berhampiran.
BEBERAPA anggota Jabatan Perkhidmatan Awam Arab Saudi cuba memadamkan api selepas satu letupan besar memusnahkan sebuah bangunan dan beberapa buah kenderaan. |
Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Arab Saudi, sebuah lori tangki telah melanggar jejambat, menyebabkan berlakunya kebocoran minyak sebelum meletup.
"Pemandu lori terkejut apabila berlaku kemalangan di laluannya. Dia kemudian hilang kawalan dan melanggar salah satu tiang jejambat," kata jurucakap JPA Arab Saudi, Kapten Mohamed Hubail Hammadi.
Biarpun insiden itu berlaku berhampiran ibu pejabat Pengawal Negara Arab Saudi dan Kolej Sains Keselamatan Putera Nayef, pihak berkuasa menegaskan bahawa ia adalah satu kemalangan.
sumber- Reuters
No comments:
Post a Comment