Dari jauh, arca kuda putih ini kelihatan seperti ukiran dari marmar ataupun gading. Namun bahan yang digunakan tidaklah seperti yang disangka. Arca kuda ini sebenarnya dihasilkan daripada kertas. Ianya adalah hasil karya Richard Sweeny.
Pada awalnya, Sweeny menghasilkan rangka kuda ini menggunakan kayu. Rangka tersebut kemudiannya dibalut dengan menggunakan kertas. Hasilnya adalah arca kuda yang amat mengagumkan. Selain menghasilkan kuda kertas ini, Sweeny turut pernah menghasilkan manusia cardboard, anjing kertas serta pelbagai karya lagi.
No comments:
Post a Comment