SHANGHAI: China semalam mempamerkan sebuah helikopter penyerang baru yang dikatakan setanding dengan pesawat seumpanya yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat dan Russia.
Sebuah unit Perbadanan Industri Penerbangan China (AVIC) menunjukkan buat kali pertama kepada awam helikopter WZ-10 atau ‘Thunder Fire’ di pameran udara di Zhuhai, Guangdong.
Akhbar China Daily melaporkan, Beijing mempamerkan pelbagai kelengkapan tentera, termasuk dron baru dan sebuah model jet pejuang generasi akan datang di pameran berkenaan. Ia selaras dengan usaha negara itu untuk membangunkan sendiri keupayaan ketenteraannya dan pada masa sama, mencari pelanggan untuk produknya.
Lebih 30 perwakilan tentera asing menghadiri pameran berkenaan, lapor agensi berita Xinhua.
Helikopter penyerang itu yang direka untuk misi antikereta kebal, bertujuan menyaingi AH-64 Apache Amerika Syarikat dan Mil Mi-28 Russia, lapor China Daily yang memetik kenyataan beberapa pakar China.
AVIC turut mempamerkan sebuah lagi helikopter pada pertunjukan itu - WZ-19, atau ‘Black Tornado,’ yang direka untuk misi sokongan kepada tentera darat, lapor akhbar itu.
sumber- AFP
No comments:
Post a Comment