BEHRANG: Seorang pemandu lori menderita kesakitan selama lima jam apabila kedua-dua kakinya tersepit selepas lori dipandu terbabas dan terbalik di kawasan kebun sayur berhampiran kilometer 382, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur Behrang, semalam.
Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa, Ibrahim Yusof, 54, dikatakan gagal mengawal lori dipandu membawa sarat plastik penutup dawai elektrik selepas tayar kenderaan itu meletup.
TERSEPIT...anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit. |
Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, sepasukan anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Slim River dan Tanjung Malim yang bergegas ke lokasi sukar mengeluarkan mangsa apabila jentera berat digunakan gagal mengangkat kepala lori itu.
NASIB...Ibrahim menahan kesakitan sebelum dikeluarkan dari lori. |
“Mangsa mampu berkomunikasi terpaksa membongkok dan meniarap di bawah lori itu. Hujan lebat tambah menyukarkan operasi menyelamat mangsa,” katanya.
Menurutnya, mangsa akhirnya dapat dibawa keluar dari bawah lori jam 6.15 petang sebelum dikejarkan ke Hospital Slim River menerima rawatan.
sumber- HMetro
No comments:
Post a Comment