MUMBAI: Seorang kanak-kanak dibaham dan dimakan oleh seekor harimau bintang ketika dia buang air kecil di sebalik semak.
Ibu kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu menjerit ketika melihat haiwan berkenaan menyerang anaknya tetapi tindakannya gagal menghentikan harimau bintang berkenaan mengheret kanak-kanak itu ke dalam hutan.
gambar hiasan |
Usha Vinayak Yadav pergi ke semak berkenaan di hutan berhampiran Mumbai pada waktu malam untuk membuang air kecil apabila kejadian berlaku.
Polis menemui lengan dan kepala mangsa kira-kira 300 di dalam hutan.
Inspektor Srirang Nadgauda berkata: “Tidak ada cahaya di kawasan itu yang menjadi sebahagian daripada hutan berkenaan.
“Ibu Usha menjerit tetapi tidak ada siapa yang dapat mengesan harimau bintang atau kanak-kanak itu kerana keadaan terlalu gelap.”
sumber- TS
No comments:
Post a Comment