Kereta api coklat ini dihasilkan oleh Andrew Farrugia dari Malta. Ianya telah diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai struktur coklat terpanjang di dunia dengan 34 meter panjang .
Ia mula dipamerkan pada umum di 'Brussels Chocolate Week', Belgium. Sebanyak 2,755 pound (1250 kilo) Coklat Belgian diperlukan bagi menyiapkan kereta api tersebut dan disumbangkan sepenuhnya oleh syarikat coklat berjenama Belcode. Farrugia memerlukan 784 jam untuk menyiapkannya. Idea penghasilannya timbul ketika Farrugia melawat Belgian Chocolate Festival di Bruge. "Saya mendapat idea lalu berfikir untuk menghasilkan kereta api coklat. Ini kerana kereta api boleh dihasilkan sepanjang mana yang kita mahu."
Kereta api coklat ini terbahagi kepada dua bahagian. Tujuh gerabak pertama dihasilkan meniru model kereta api baru Belgian manakala selebihnya meniru gerabak kereta api lama. Ini termasuklah gerabak untuk bar dan restoran. Farrugia menghasilkan karya ini di kampung halamannya, Malta. Ia dipindahkan ke Belgium dengan dipecahkan ke dalam 25 kotak bayu berbeza. Malangnya terjadi sesuatu yang tidak diingini ketika penghantaran dan sebahagian dinding kereta api tersebut ranap. Mujurlah selepas bertungkus-lumus memperbaikinya siang dan malam, ia dapat dibentuk semula lalu dipamerkan kepada umum.
Selepas dipastikan tiada benda lain yang digunakan selain coklat, Ia disahkan sebagai struktur coklat terpanjang di dunia
No comments:
Post a Comment