PHILADELPHIA - Lakaran gambaran asal wajah Joker dalam filem Batman yang dibuat oleh penerbit filem, Michael Uslan dilelong sejak Isnin lalu sehingga 3 Disember depan di laman ComicConnect.com.
Lakaran itu disiarkan akhbar New York Post pada 1980.
GAMBAR menunjukkan lakaran awal watak Joker di akhbar New York Post pada 1980. |
Dia mengubah suai wajah Nicholson yang disiarkan akhbar tersebut daripada satu adegan filem The Shining.
Sebelum membuat lakaran itu, dia telah berjaya memperoleh hak untuk menghasilkan filem Batman pada 1979.
Bagaimanapun, ketika itu, dia belum memperoleh idea untuk menghasilkan wajah Joker.
Joker merupakan watak jahat dalam filem tersebut.
Apabila melihat gambar Nicholson di akhbar tersebut, dia kemudian mendapat idea untuk membuat lakaran pada wajah pelakon itu sekali gus menghasilkan watak Joker.
Nicholson pernah melakonkan watak itu.
Pelakon mendiang Heath Ledger juga pernah memegang watak Joker dalam siri Batman berjudul The Dark Knight.
sumber- Agensi
No comments:
Post a Comment