LA PAZ, Bolivia - Satu majlis bagi menghormati tengkorak diadakan di sini kelmarin oleh sekumpulan penganut agama Kristian Katolik.
Kira-kira 300 tengkorak diarak ke sebuah gereja kecil di tanah perkuburan di sini.
Sekumpulan penganut itu mendakwa tengkorak tersebut mempunyai kuasa ajaib.
SEORANG wanita membawa sebuah bekas yang mengandungi tengkorak di sebuah kawasan perkuburan di La Paz, Bolivia kelmarin. |
Kalungan bunga turut diletakkan pada tengkorak itu pada majlis itu.
Para penganut tersebut juga memperdengarkan muzik dan menyediakan hidangan makanan untuk tengkorak itu.
Lima tahun lalu, seorang ketua biskop Kristian Katolik di negara ini pernah mengutuk majlis itu kerana ia dianggap bertentangan dengan agama tersebut.
sumber- AP
No comments:
Post a Comment