Pages - Menu

Thursday, November 8, 2012

Paksa nenek jual bumbung rumah

LAMPANG: Seorang lelaki memaksa datuk dan neneknya menjual atap rumah mereka supaya dia dapat menggunakan duit itu untuk membeli dadah.

Penduduk di tambol Ton Thong Chai di daerah Muang memanggil wartawan dan meminta mereka mendedahkan kisah pasangan tua itu. 

Mereka berkata, kehidupan Tomkam, 78 dan isterinya, Nangnoi, 73, amat susah. Pasangan itu kini tinggal di rumah kayu dua tingkat tanpa bumbung untuk berlindung. 

atap zink
gambar hiasan
Pasangan tua itu terpaksa tidur di atas lantai dekat dengan tandas. Lantai di bahagian atas banyak yang berlubang dan apabila hujan, mereka terpaksa menutup tubuh dengan plastik.

Nangnoi berkata, dia terpaksa menjual bumbung dan kayu rumah kerana cucunya, Kitipong, 28, perlukan wang untuk membeli methamphetamine (syabu).

Katanya, cucunya itu akan memukul mereka sekiranya enggan memberikan wang. Pasangan itu menerima pencen sebanyak 700 baht (RM70) sebulan. 

Nangnoi berkata, dia telah menjual semua barang kepunyaannya untuk membiayai dadah cucunya. 

Katanya, kali terakhir dia tidak mempunyai wang untuk diberi kepada cucunya, Kitipong membuka dan menjual paip bilik mandi. 

Menurut pasangan itu, Kitipong melarikan diri ke Chiang Mai selepas mendapat tahu polis memburunya kerana menjual dadah. 

sumber- BP

2 comments: