WASHINGTON - Ejen 007 mungkin seorang hero, tetapi dalam pameran terbaharu di Amerika Syarikat (AS), watak penjahat dijadikan sebagai tumpuan utama.
Pameran yang bertema "Kejahatan yang Indah: 50 Tahun Penjahat Bond" itu mula dibuka kepada umum pada Jumaat lalu di Muzium Perisik Antarabangsa, di sini.
GIGI musuh James Bond iaitu Jaws daripada filem The Spy Who Loved Me turut dipamerkan sebagai salah satu artifak dalam pameran musuh-musuh ejen 007 itu di Washington, Amerika Syarikat kelmarin. |
"Walaupun watak Bond kekal sama, namun watak penjahat berubah-ubah sejak 50 tahun lalu, sekali gus mencerminkan perubahan masa," kata Meg Simmonds, pengarah arkib di Eon Productions, syarikat pengeluar filem tersebut yang juga penasihat pameran.
Bagi menggambarkan setiap tema, sedutan daripada filem-filem Bond dimainkan di sebelah figura atau patung watak penjahat yang dipamerkan.
Ratusan barangan turut dipamerkan termasuk kostum dan senjata yang digunakan musuh Bond dan pengikutnya.
sumber- AFP
No comments:
Post a Comment