JELI: Sebahagian penduduk Kampung Chedok, Bukit Bunga, di sini, 'kenduri' besar apabila sempat menyembelih sekurang-kurangnya 50 ayam selepas lori tiga tan membawa ternakan itu terbalik dalam kejadian di Kilometer 82, Jalan Tanah Merah-Jeli dekat kampung itu, semalam.
Orang ramai membantu memunggah sebahagian ayam yang masih hidup untuk disembelih selepas lori dengan muatan ayam daging terbalik, manakala pemandunya Mohd Nor Mohd Yusof, 46, dari Pantai Melawi, Bachok patah tangan kiri. |
Berikutan kemalangan itu, kira-kira 300 ayam mati manakala 50 sempat disembelih penduduk tempatan yang berada di tempat kejadian.
sumber- HMetro
No comments:
Post a Comment