WASHINGTON - Sebuah planet kecil dalam sistem suria Bima Sakti didapati tidak mengandungi atmosfera, menurut laporan jurnal Nature kelmarin.
Sekumpulan saintis menyatakan dalam artikel jurnal tersebut bahawa penemuan itu dilakukan menerusi ukuran cahaya di planet berkenaan.
IMEJ yang diperoleh daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan planet Makemake. |
Makemake merupakan antara empat planet kecil yang terdapat dalam sistem galaksi Bima Sakti.
Planet tersebut ditemui pada 2005.
Suhu di planet itu ialah -240 darjah Celsius.
sumber- Agensi
No comments:
Post a Comment