SYDNEY, Australia - Satu kejadian puting beliung air gergasi dilihat di kawasan pantai Teluk Batemans yang terletak sekitar 225 kilometer ke selatan bandar raya ini kelmarin, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Fenomena alam semula jadi itu terbentuk apabila puting beliung berlaku di atas permukaan laut.
SEBUAH kenderaan pacuan empat roda melalui jalan pantai di Teluk Batemans, Australia ketika puting beliung air berlaku kelmarin. |
Ribut berkenaan boleh menyebabkan kemusnahan besar pada terumbu karang, hidupan marin dan mengancam bot, pesawat serta perenang.
Walaupun jarang berlaku di Australia, empat puting beliung air gergasi pernah dilihat di Pantai Avoca di sini pada Mei tahun lalu.
sumber- Agensi
No comments:
Post a Comment