Seorang arkitek, Matthew Radune dan juga jurufoto, Gregory Holm dari New York telah merancang untuk membina rumah disaluti ais. Idea ini muncul ketika Matthew terlihat gambar rumah disaluti air terjun yang sedang membeku.
Mereka telah meminjam sebuah rumah tinggal di Detroit. Sebenarnya rumah tersebut telah dijadualkan untuk dirobohkan, tetapi Radune dan Holm telah mendapatkannya untuk rancangan pembinaan dan kitar semula. Mereka juga bersetuju untuk membayar cukai rumah yang telah dirampas tersebut dimana seorang ibu tunggal dan keluarganya akan tinggal disini.
Ianya adalah hadiah dari mereka berdua kepada penduduk Detroit yang membenarkan mereka melaksanakan projek seni tersebut. Keseluruhan kos yang mereka perlukan ialah sekitar $15,000 dan kebanyakan daripadanya diperolehi dari derma menerusi laman web.
No comments:
Post a Comment