LOS ANGELES - Sebuah rumah agam yang pernah disewa dan menjadi tempat penyanyi terkenal, mendiang Michael Jackson meninggal dunia di sini akhirnya dijual pada harga AS$18.1 juta (RM54.7 juta), lapor akhbar LA Times kelmarin.
Pembeli rumah tersebut ialah seorang pengarah urusan kanan di syarikat Cerberus Capital Management, Steven Mayer.
Pemilik asal rumah itu ialah ketua eksekutif syarikat pereka pakaian jenama Ed Hardy, Hubert Guez.
GAMBAR fail menunjukkan rumah yang pernah disewa Jackson di Los Angeles. |
Ia mempunyai tujuh buah bilik tidur dan dilengkapi sebuah pawagam, lif, gimnasium, kolam renang, bilik wain bawah tanah dan sebuah rumah tetamu.
Pada Mac lalu, penyanyi Britain, Robbie Williams dilaporkan turut berminat untuk membeli rumah berkenaan.
Jackson, 50, meninggal dunia akibat pengambilan berlebihan ubat bius propofol di rumah tersebut pada 25 Jun 2009.
sumber- Agensi
No comments:
Post a Comment