Patung Statue of Liberty yang menjadi kebanggaan serta simbol bandar New York sebenarnya tidak dihasilkan di bandar tersebut. Ianya adalah hasil karya pengukir terkenal dari Perancis, Frederic-Auguste Bartholdi dan dibangunkan di Perancis pada tahun 1874. Wajah yang terpapar pada patung ini dikatakan wajah Charlotte Bartholdi, ibu kepada pengukir tersebut manakala teman wanitanya, Jeanne-Emilie telah menjadi model dalam penghasilan badan serta lengan. Patung Dewi Kemerdekaan tersebut dipersembahkan oleh rakyat Perancis kepada Amerika sebagai hadiah Ulang Tahun kemerdekaan Amerika yang ke-100.
Setelah selesai penghasilannya di Perancis, patung tersebut dipecah kepada 200 muatan besar sebelum di hantar ke Amerika. Patung tersebut dibangunkan semula di Pulau Bedloe, New York. Ianya dirasmikan pada 28 Oktober 1886, sepuluh tahun selepas sambutan kemerdekaan Amerika yang ke-100.
Dengan berketinggian 46 meter serta berat 20 tan, patung Liberty ini didirikan di atas landasan setinggi 46 meter. Bahagian dalamnya diisi dengan rangka yang diperbuat daripada keluli manakala bahagian luarnya diperbuat dari plat tembaga. Pemasangan rangka patung ini dirancang oleh Gustave Eiffel, dimana beliau jugalah yang telah mengasaskan pembangunan Menara Eiffel.
No comments:
Post a Comment