Pages - Menu

Wednesday, November 28, 2012

Tragedi penyembelihan Sabra Shatilla

Peristiwa penyembelihan di Kem Sabra dan Shatilla telah berlaku pada bulan September 1982, di Beirut, Lubnan.

Sabra Shatilla

Pada awalnya, Palestine Liberation Organization (PLO) telah terlibat dalam satu pertikaian dengan Israel dan Kumpulan Nasrani Lubnan, Phalangist. Ketika itu, Phalangist diketuai oleh Bachir Gemayel yang terkenal dengan kekejaman.

Pada 14 September 1982, Bachir Gemayel telah di bunuh dan PLO dituduh terlibat dalam pembunuhan itu lalu menimbulkan kemarahan Phalangist. Mereka berpakat dengan regim Israel bagi menceroboh Kem Sabra dan Shatilla yang menempatkan pelarian Palestin.

Sabra Shatilla

Dalam tempoh 36 jam, Phalangist telah menyembelih beratus-ratus orang pelarian di kem itu. Dalam masa yang sama Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pula mengawal setiap pintu masuk ke kem tersebut. Pembunuhan ini berterusan selama 3 hari dan laporan perkembangannyatelah dihantar ke Tel Aviv dari semasa ke semasa.

Jumlah sebenar mangsa yang terkorban tidak diketahui namun International Committee of The Red Cross (ICRC) melaporkan seramai 2,750 orang mangsa terkorban manakala Amon Kapeliuk, seorang wartawan Israel yang terkenal melaporkan seramai lebih 3,000 orang telah terkorban. Manakalapihak tentera Israel hanya melaporkan seramai 700 hingga 800 orang sahaja yang terkorban.

Sabra Shatilla

Ariel Sharon, Menteri Pertahanan Israel ketika itu yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel dilaporkan telah mengarah tentera Zionis Israel untuk bekerjasama dengan Phalagist bagi menjalankan misi pembunuhan kejam terhadap pelarian kem berkenaan.

Akibat peristiwa itu juga, Ariel Sharon telah didapati bersalah dan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan Israel dilucutkan dan kini beliau masih koma terdampar di hospital sejak beberapa tahun lepas. Mungkin inilah balasan tuhan di dunia di atas kekejaman yang telah dilakukan untuk peringatan.

(rujukan: Travelog misteri: Israel Kuasai Dunia, Mohd Nadzri Kamsin)
sumber- budakkg-setiu

1 comment:

  1. Boleh dapatkan buku kedua saya yang baru dipasarkan bertajuk, "Misteri Ya'juj Ma'juj: Bangsa Eropah dan Rahsia di Sebalik Kehancuran Dunia" di kedai buku MPH atau beli online:

    http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789675391316

    ReplyDelete