SEREMBAN - Empat gadis bawah umur berusia 14 dan 16 tahun dipercayai bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) antara 35 wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen di beberapa pusat hiburan dan rumah urut di daerah ini dan Jempol kelmarin.
Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, semua gadis bawah umur terbabit merupakan warga Vietnam dan ditahan di pusat hiburan di Taman Bukit Kepayang dan Kemayan Square dekat sini.
Antara wanita warga asing yang ditahan dipercayai bekerja sebagai GRO. |
“Bagaimanapun kita tetap menahan mereka dan hasil pemeriksaan lanjut kita mengesyaki mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar dimiliki untuk bekerja secara tidak sah di sini,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Menurutnya, turut ditahan dalam serbuan di tempat sama, 22 lagi wanita warga asing terdiri daripada warganegara China dan Vietnam kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dimiliki dengan bekerja di negara ini.
Faizal berkata, dalam satu lagi serbuan di sebuah premis di Taman Kemuning, Senawang, pihaknya telah menahan satu pasangan warga Myanmar berusia 29 dan 30 tahun kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Sementara itu di Jempol, pihaknya telah membuat pemeriksaan di enam rumah urut di pekan Bahau dan menahan tujuh wanita dan seorang lelaki warga China serta seorang wanita warga Indonesia kerana bekerja sebagai tukang urut.
“Semua tukang urut berusia 20 hingga 40-an itu kita tahan atas kesalahan sama iaitu menyalahgunakan pas lawatan bekerja di premis berkenaan.
“Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Imigresen di Senawang untuk disoal siasat sebelum tindakan susulan diambil terhadap mereka,” katanya.
Faizal berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan yang memperuntukkan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
“Kita akan terus menjalankan serbuan bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (Pati) di negeri ini dan maklumat orang awam amat dialukan-alukan,” katanya.
sumber- Sinar
thanks sharing 5zol.
ReplyDelete