RIYADH - Wanita-wanita di Arab Saudi diawasi menerusi sistem pemantau elektronik yang mengesan pergerakan mereka melepasi sempadan.
Sejak minggu lalu, golongan lelaki yang menjadi penjaga wanita menerima mesej pesanan menerusi telefon daripada pihak berkuasa.
GAMBAR yang dirakamkan pada 19 November lalu menunjukkan seorang wanita meninggalkan sebuah pusat beli-belah di Riyadh. |
"Pihak berkuasa menggunakan teknologi untuk memantau wanita," kata seorang kolumnis, Badriya al-Bishr.
Wanita-wanita di negara ini tidak dibenarkan untuk meninggalkan Arab Saudi tanpa mendapat kebenaran daripada penjaga mereka.
Para penjaga itu yang terdiri daripada suami, abang atau saudara mereka perlu menandatangani 'borang kuning' bagi membenarkan golongan Hawa keluar dari negara ini.
Bagaimanapun, tindakan pihak berkuasa itu dikritik di laman Twitter.
"Kenapa anda tidak 'menggari' wanita anda dengan menggunakan gelang pengesan di kaki?' soal seorang pengguna di laman tersebut.
sumber- Agensi
No comments:
Post a Comment