KUALA LUMPUR - Polis mengenal pasti tiga lelaki Amerika Latin disyaki terlibat dalam beberapa kegiatan samun dan pecah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sekitar ibu negara baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati tiga lelaki warga asing yang berusia 20 hingga 40 tahun itu terlibat lebih daripada enam kes pecah mesin ATM.
Suspek-suspek sama juga dipercayai melakukan jenayah yang sama di Pahang dan Negeri Sembilan.
DUA lelaki yang dicari bagi membantu siasatan kes pecah mesin ATM di pasar raya besar Carrefour, Wangsa Maju pada Julai lalu. |
"Anggota kumpulan ini akan mengekori mangsa yang mengeluarkan wang di bank atau mesin ATM sebelum menyamun mereka," kata beliau pada sidang akhbar di sini.
Chin Wah berkata, kumpulan suspek tersebut juga disyaki terlibat dengan kes-kes pecah rumah di kawasan Taman Tun Dr. Ismail dan Taman Midah, Cheras.
Dalam pada itu, kata beliau, polis mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian samun dan pecah mesin ATM di pasar raya besar Carrefour Wangsa Maju pada 1 Julai lalu yang mengakibatkan kerugian RM1.17 juta.
sumber- Kosmo
No comments:
Post a Comment