MALIBU, California - Bangkai seekor ikan paus sirip seberat 18,143 kilogram terdampar di sebuah pantai dekat dua buah rumah selebriti Hollywood di sini sejak Isnin lalu.
Sehingga kelmarin, bangkai itu mengeluarkan bau yang busuk.
BANGKAI ikan paus sirip terdampar di sebuah pantai di Malibu kelmarin. |
Haiwan marin itu dipercayai mati akibat dilanggar sebuah kapal.
Beberapa anggota pengawal pantai cuba untuk menolak bangkai tersebut ke laut.
Jabatan Pantai dan Pelabuhan Daerah Los Angeles menyatakan, pihaknya tidak bertanggungjawab melakukan kerja-kerja pembersihan untuk membuang bangkai itu kerana ia berlaku di pantai persendirian yang berada dalam kawalan pemilik beberapa buah rumah.
sumber- Agensi
No comments:
Post a Comment