Seorang nenek terkejut apabila melihat foto ketika majlis pembaptisan cucunya yang dihantar melalui Facebook terdapat kelibat hantu seakan wajah mendiang suaminya. Gambar misteri ini ditangkap oleh Jamie, 29, anak kepada Puan Sewell dengan menggunakan telefon bimbitnya di Gereja St Martin, Canterbury, Kent. Keanehan foto ini hanya disedari setelah dilihat oleh Puan Sewell yang perasan wajah yang amat dikenalinya berada di celah keluarga ini.
Puan Sewell yang bekerja sebagai pemandu teksi dan kini tinggal di Pertham, Kent, mengatakan dia sukar mempercayai apabila melihat kelibat hantu seakan mendiang suaminya. Terry Sewell, yang bekerja sebagai buruh meninggal dunia 17 tahun yang lalu selepas membunuh diri pada usia 41 tahun. "Saya cuba meyakinkan diri bahawa ia bukan Terry tetapi ianya benar-benar seakan Terry. Terry mempunyai wajah yang panjang sama seperti hantu tersebut dan gaya rambut mereka adalah serupa. Ketinggiannya juga sama kira-kira 5 kaki 8 inci"
"Saya tahu gambar ini tiada muslihat dan ianya benar-benar menakutkan. Kali pertama saya melihat gambar ini di Facebook adalah ketika saya di Pub. Semua yang melihatnya terkejut kerana imej tersebut sungguh jelas." St Martin adalah gereja tertua di negeri ini dan masih digunakan untuk aktiviti keagamaan. Namun, tiada laporan yang mengatakan terdapat hantu di gereja tersebut sebelum ini.
tak maulah ke gereja seram banget
ReplyDelete