Seorang ibu tunggal telah menggigit kemaluan anak lelakinya yang berusia 9 tahun sehingga putus. Kejadian berlaku di Yibin, sebuah bandar di barat daya wilayah Sichuan, China.
Keadaannya tidak lagi kritikal selepas diberi rawatan tetapi disahkan mengalami kecacatan seumur hidup. Doktor mengambil masa 2 jam bagi menyelamatkan nyawanya manakala saudara-maranya pula gagal mengesan kemaluannya yang putus digigit.
Ibu kanak-kanak tersebut dimasukkan ke hospital selepas berkelakuan tidak siuman dan bercakap sendirian setelah menyerang anaknya pada Ahad lalu. Wanita ini dikatakan tidak pernah berkahwin dan mendapat anak hasil hubungan dengan kekasihnya.
"Mangsa perlu menjalani terapi dalam jangka masa yang panjang bagi menghilangkan trauma atas kecederaan fizikal yang dialami. Apabila membesar, keinginan seksualnya sama seperti lelaki normal. Namun kecacatan tersebut membataskannya," kata doktor.
Kanak-kanak malang tersebut kini dijaga oleh saudara-maranya.
uish.. gila meroyan betul perempuan ni
ReplyDeleteksian anak dia.. -,-
ReplyDeleteYa Allah. cacat seumur hidup. sian dia taleh kawen huhuhuhu T_____T
ReplyDelete