TEHERAN - Pengawal Revolusi Iran semalam mendakwa berjaya `menawan sebuah pesawat tanpa juruterbang drone milik Amerika Syarikat (AS) di perairan Teluk Parsi selepas ia memasuki ruang udara Iran dipercayai dalam misi mengumpul maklumat perisikan.
Bagaimanapun Armada Kelima AS yang berpangkalan di Teluk segera menafikan dakwaan itu dan menyatakan mereka tidak kehilangan mana-mana pesawat drone di rantau berkenaan.
Cawangan tentera laut Pengawal Revolusi Iran dalam kenyataan dalam laman web rasminya berkata, pesawat drone AS yang melakukan rondaan di perairan Teluk Parsi ditawan ketika memasuki ruang udara negara ini.
sumber- AFP
No comments:
Post a Comment