BAGHDAD - Seorang lelaki warga Iraq yang prihatin terhadap keselamatan negaranya, membelanjakan hampir 30 juta dinar (RM73,188) untuk membina sebuah helikopter sendiri bagi tujuan tersebut.
Hatim Kadim Salman, 59, membina helikopter itu di Muqdadiyah, bandar yang terletak kira-kira 97 kilometer ke utara Baghdad dan dihuni kira-kira 300,000 orang.
Salman menamakan helikopter ciptaannya itu sebagai Diyala 1, sempena nama wilayah tempat kelahirannya.
Diyala 1 jauh lebih murah daripada helikopter gempur Apache yang digunakan tentera Britain di Afghanistan dan Iraq yang berharga kira-kira AS$20 juta (RM61.4 juta) sebuah.
Helikopter itu juga hanya mempunyai dua bilah kipas berbanding empat yang dimiliki pesawat Apache.
Pesawat udara ciptaan Salman itu juga tidak dilengkapi sebarang senjata, berbanding Apache yang memiliki pelbagai jenis senjata, termasuk peluru berpandu udara ke udara dan peluru berpandu anti kereta kebal.
Dilaya 1 dicat dengan warna biru terang, sama seperti warna langit bagi membolehkannya terbang di udara tanpa disedari.
Walaupun telah berhabis wang sehingga berpuluh-puluh juta dinar, Salman sendiri tidak pasti sama ada helikopternya itu mampu terbang atau tidak.
sumber- AGENSI
No comments:
Post a Comment