Kencing di tempat terbuka adalah perbuatan yang sangat tidak beradap apatah lagi jika kencing keluar dari kenderaan awam. Jika perbuatan tersebut dilakukan oleh kanak-kanak, mungkin ianya tidak menjadi isu besar. Tetapi apabila dilakukan oleh orang dewasa, perbuatan ini amat menjijikkan.
Gambar ini drakamkan di Xiamen, wilayah Fujian, China. Kelihatan bas ini seakan berhenti dan tidak diketahui sama ada lelaki ini adalah pemandu bas tersebut atau penumpang. Jika lelaki tersebut adalah pemandu, aksi ini mungkin dilakukan semasa ketiadaan penumpang dan bas ini pula mungkin sedang berhenti di sesuatu tempat bersama bas yang lain. Tetapi jika dia merupakan seorang penumpang, adakah dia tidak berasa malu dengan penumpang yang lain? Namun cerita sebenar disebalik gambar ini tidak dapat dipastikan. Perbuatan tidak bermoral seperti ini dikatakan semakin kerap berlaku di China.
hahaha..benging betul..hehehe
ReplyDeleteini baru ordinary
ReplyDelete