LONDON - Lukisan oleh pelukis zaman Pembaharuan Itali, Raffaello Sanzio da Urbino atau lebih dikenali sebagai Raphael, dilelong pada harga AS$47.8 juta (RM146.8 juta) di London, kelmarin, sekali gus menjadi karya lukisan paling mahal terjual dalam acara lelongan.
Gambar fail bertarikh 30 November lalu, merakamkan lukisan Head of an Apostle karya pelukis terkenal Itali, Raphael, yang dijual pada harga RM146.8 juta dalam satu acara lelongan Sotheby's di tengah London, Rabu lalu. - AFP |
"Sejumlah pengumpul lukisan terkemuka dunia telah berhimpun semalam sebagai menghargai kebijaksanaan Raphael.
"Kecantikan dan keunikan lukisan tersebut sangat luar biasa," kata Ketua Antarabangsa bagi Lukisan Old Master di Sotheby's, Gregory Rubinstein.
Lukisan yang dihasilkan menggunakan kapur hitam itu, merupakan satu daripada karya penting Raphael semasa zaman Pembaharuan selain lukisan terakhirnya yang bertajuk Transfiguration.
Head of an Apostle turut digantungkan di dinding semasa mayat Raphael dibaringkan di studionya selepas pelukis terkenal itu meninggal dunia di Rom, pada tahun 1520 ketika berusia 37 tahun.
sumber- AFP
No comments:
Post a Comment