LONDON - Bekas juara tinju dunia, Mike Tyson menafikan laporan media yang mendakwa dia telah mengubah jantina dan kini membawa nama baru "Michelle."
Tyson menegaskan, dia sama sekali tidak berhasrat untuk menukar jantinya menjadi perempuan.
Mike Tyson menafikan dia sudah menukar jantinanya baru-baru ini. - Foto ihsan Mirror/Reuters |
"Dakwaan itu tidak benar dan sangat bodoh. Saya berada (di sana) untuk perlawanan Pacquiao-Marquez pada Sabtu dan mana-mana orang yang siuman boleh memberitahu bahawa saya masih seorang lelaki," katanya.
Laporan media Afrika juga mengatakan bahawa Tyson mahu menukar nama timang-timangnya "Iron Mike" kepada "Iron Maiden" dan menukar Mike kepada Michelle selepas pembedahan selama 16 jam.
BBC pula melaporkan laporan itu kali pertama muncul di laman UK, NewsBiscuit akhir bulan lalu.
Ia kemudian dibawa oleh akhbar Standard di Zimbabwe pada Ahad lalu dan kemudian SpyGhana Selasa lalu.
sumber- Sinar
mike dah masuk islam
ReplyDeletekalau benar dia jadi 'pompuan'..ada orang nak ke...rupe mcm ni..?dah ler badan besar...hihi
ReplyDelete